Tuesday, September 8, 2009

Ini sudah terlewat 2 minggu okeh

Tak pe la kan. Lewat pun lewat la. Asalkan adoo. Last 2 weeks lagi b'day Harish RezQi. Tapi memandangkan b'day dia di bulan ramadhan al mubarak tak dapek la mommy wat party huhahuha. InsyaAllah pas raya kot. Kenduri ke party ke kan.
Masa mommy deliver harish pun seminggu sebelum ramadhan tahon lepas. Selamat la puasa aku sebulan. Tak abis ganti lagi okeh. Harus la kena bayar denda..! (Jangan nak wat2 lupa eh)
Ni yang nak citer experience ni. Masa kat fotopage tak lalu nak citer. Kalau citer tu rasa berdenyut2 lagi tang tuuuuttt tu. Hah..!!
Tahon lepas sehari sebelum harish lahir di donia...
Pagi tu hari isnin. Bangun pagi cam biasa. Nak gi keje. Mandi la kan. Kencin dulu. Ayookk ada darah ok. Seketul dalam toilet bowl tu. Mommy dah panik. Due 2 minggu lagi. Mommy belum bersedia nak push..!!
Mommy rileks ar lagi. Tepon mak. Mak suh gi hospital. Tapi time tu mommy tak de rasa apa2 pun. Camne nak rasa. Tak tau rasa sakit dia camne. Rileks lagi. Alamatnya tak gi keje lah. Makan nasi lemak dulu. Gelak2 dulu. Pastu trus gi hospital. Sampai hospital ngan eksen nyer mommy ckp nak jumpa doc. (Eksen la sebab tak rasa sakit lg) Tunggu punya tunggu datang la doc yang sangat muda dan kecit je doc tu. Doc pompuan ok. Dia nak check la kan. Nak seluk ke jolok? Apa2 je la kan. Mommy pun redhoo je la. Doc suh kangkang. Mommy buka la kaki sket. Malu ok. Malu. Walaupun doc pompuan. Doc kata "bukak la besar skit, nanti nak beranak lagi kena kangkang kuat tau".. Ayookk tu time nak beranak. Leh ar kangkang luas2. Ni belum lagi.
Seluk sekali napas.! Doc kata belum lagi. Boleh balik ye. Hemm.. kan mommy dah kata. Saja nak serah diri tau.
So, dengan otomatik nyer malas la nak gi keje kan. Jalan2 dulu. Mommy plak terhingin nak makan char ko tiau kat Penang Street. Papa pun apa lagi trus bawak mommy gi Alamanda. Takot kempunan kang. Ha... Pas jalan2 Alamanda kami pun beredar pulang ke rumah. Golek2, bersenda gurau la kan. Hari berjalan seperti biasa.
Malam tu mommy siap2 dah tapau nasi ngan ikan siakap masak pedas. Teringin gak tu. Makan lewat skit sebab kawan2 papa dtg umah nak bersembang. Time tu kami duk bergebang ngan Shairol, GG n wife nyer. Start kul 9 mommy dah tak senang duduk. Kejap2 bangun. Kejap2 duduk. Kejap2 berjalan. Wife GG dah perasan. Dia tanya ok tak. Mommy kata ok jek. Time tu mommy dah start kira contraction. 15 minit sekali ok. Mommy pertahankan lg. Ha la. Dah org dtg umah, tak kan nak halau kan.
Sembang2 dlm kul 11 lebey camtu baru dorang balik. Peruit dah lapar. Tak makan lagi ni. Pas dorang balik kitaorg bedal la ikan siakap tu. Hah..! Time tu kira lagi contraction tapi nasi tak boleh dilepaskan. Hah..! Pas makan tido la kan.
Ha.. Time nak tido plak dlm 12 lebey camtu, baby dok kick2 dlm perut tetiba mommy dengar ada bunyi "pop". Ini seriyes. Ada bunyik ok. Terkencin ke. Mommy gi toilet tgk pad dah berat ngan darah. Sib baik la time tu dah stand by pakai pad. Kalau tak basah la suma. Ckp kat papa. Papa tanya sakit tak. Sakit ada tapi kejap2. Mommy seriyes tak tau camne nk rasa sakit tu. Cuci2 suma pastu nak sambong tido la. Papa kata "Dah tido, tido". Mommy tak leh baring dah. Terduduk je pegang perut. Rasa cam tak leh tahan. Ajak trus papa gi hospital. Dengan pantas amik beg baby. Siap2 suma. Papa pecut gi hospital. Dah la mommy tengah kejap2 dtg saket. Lagi mau pecut. Choii..! Dlm kul 1 camtu sampai hospital mommy dah tak leh baring. Duduk sajek doc kata dah 4 cm ok. Masuk LR. Erk..! Mommy takot. Papa lagi la panik sebab nurse dah mintak baju baby. Baby dah kuar kah..?
Dalam LR mommy suh nurse panggil kan papa masuk sekali. Papa temankan mommy dari mula sampai habis. TQ pa. xoxo. Time tu sakit dia tak tau la nak ckp kan. Nurse kata "kuar darah memang sakit skit".. Ayokk ni bukan skit. Ni sakit banyak ni. Papa duk sebelah je dok genggam tgn mommy. Mommy mengantok nak tido. Dia plak tak bagi. Haiii..!!
Tak cukup 10cm lagi mommy dah teran dah. Ayook tak leh tahan la. Sakit dia.. Ahaiiiiiii.. Ntah berapa kali teran, harish pun kuar. Pastu papa pun nangis sama. Nurse kata "Eh.. jangan la nangis, nanti sy nangis sama". Mommy mata kering time tu. Tak lalu nak nangis. Masa tu 4.37 am. Baby dah kuar dorang bersih2 kan. Bagi kat papa azan. Pastu papa kuar ok. Tinggal mom ngan baby sajek.
Masa nurse tolak kuar LR mommy nampak mak n abah kat luar tu baru la mommy cam sebak giler nak nanges. Apsal mengada ntah. Tapi ku tahan jua..

Masa ni mommy tembun.



4 comments:

el said...

kuar darah dulu mmg sakit
dulu el pun sakit gak cam mommy
sakit tu masyallah...
pegalaman paling berharga
so bila nak tmbah lg..hehehehe

Mommy Harish said...

el :
alahaiii sakit dia. bley pikir 20x nak beranak lagi.
ye la. suma tu pengalaman. mana nak dpt kan.
tambah lg? hemm.. hemm..
harish pun tak jalan lagi. apakah??

intanz said...

tambah jeklah... nnt mommy leh menari caca bersama2 kedua2 anaknyaaa..

Mommy Harish said...

intanz :
belum lagi. sabar. sabar. skarang ni kami ambil langkah2 keselamatan sajek. hah..!!